fbpx

Hampir semua negeri berdepan hujan lebat hingga Februari 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hampir ke semua negeri di Semanjung termasuk Sabah dan Sarawak bakal berdepan dengan cuaca tidak menentu apabila taburan hujan yang lebih kerap diramalkan bakal berlanjutan sehingga Februari 2023.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan Barat Sabah pada awal pagi.

“Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

“Pada September ini, kebanyakan kawasan di Semenanjung dijangka akan menerima hujan pada paras purata di antara 100 milimeter (mm) hingga 450 mm kecuali Hulu Perak, Kelantan dan Terengganu yang dijangka menerima hujan pada purata 100 mm hingga 200 mm,” katanya.

Sementara itu, di Sarawak dan Sabah, bebeapa kawasan tumpuan berisiko menerima hujan melebihi purata sehingga 350 mm dalam satu tempoh masa.

Menurut MetMalaysia, keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga Februari tahun depan dengan taburan hujan pada paras purata 100 mm hingga 450 mm yang lebih tinggi melibatkan negeri Sabah serta Labuan menjelang Disember dan Januari nanti.

Tambah kenyataan itu lagi, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac 2023.

“Semasa tempoh tersebut, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam.

“Beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama kawasan pantai timur dan barat Sarawak,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI