fbpx

China guna dron kawal penduduk jalani perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan dron polis China yang berlegar hanya beberapa meter dari tingkap rumah penduduk. - Twitter

BEIJING – Pemerintah China menggunakan dron yang dilengkapi pembesar suara bagi memberi amaran kepada penduduk blok-blok apartmen yang dikenakan perintah berkurung supaya kekal berada di rumah masing-masing, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Satu rakaman video menunjukkan dron polis terbang hanya beberapa meter dari tingkap rumah penduduk dan mengeluarkan amaran peraturan perintah berkurung Covid-19 menggunakan suara robot wanita.

“Komuniti ini berada dalam arahan perintah berkurung. Sila kekal berada di rumah atau bilik anda,” demikian arahan yang dikeluarkan dron tersebut.

Situasi kawalan dron itu berlaku ketika bandar Chengdu yang menempatkan 21 juta penduduk dikenakan perintah berkurung sejak Khamis lalu selepas 157 jangkitan baharu direkodkan semasa Beijing terus melaksanakan dasar sifar Covid.

Sementara itu, bandar Wuxi yang merupakan hab pembuatan di timur China dengan populasi seramai 7.5 juta orang turut mengalami situasi serupa apabila video tular memaparkan sebuah dron berlegar-legar hanya beberapa meter dari tingkap blok apartmen.

Seorang penduduk menggambarkannya sebagai ‘mimpi ngeri kesengsaraan dalam realiti’.

Penggunaan dron oleh pihak berkuasa China untuk menguatkuasakan sekatan Covid-19 yang ketat kini telah menjadi satu pemandangan biasa.

Selain dron, anjing robot juga telah digunakan di beberapa bandar untuk memberitahu penduduk tempatan supaya tidak keluar rumah, mencuci tangan dan memeriksa suhu badan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI