fbpx

Warung ikan celup tepung kotor diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa JKNT sedang memeriksa sebuah premis makanan berasaskan celup tepung di Penarik, Setiu semalam.

SETIU – Gara-gara kotor, sebuah warung ikan celup tepung di Pantai Penarik di sini diarah tutup selama 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) semalam.

Premis makanan tersebut merupakan antara 24 buah yang telah diperiksa pasukan penguat kuasa JKNT dalam Operasi Pesisir Pantai Daerah Setiu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, penutupan warung ikan celup tepung itu selaras dengan Seksyen 11 Akta Makanan 1983 kerana tidak menetapi tahap minimum kebersihan ditetapkan.

“Kita juga mengeluarkan 23 notis kompaun berjumlah RM7,200 kepada pengusaha premis-premis lain yang turut diperiksa. Seramai 17 daripada 23 notis yang dikeluarkan itu berkaitan kesalahan pemakaian pengendali makanan,” katanya di sini hari ini.

Kasemani berkata, enam kesalahan lain pula kegagalan mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 seperti menggaji pengendali makanan yang tiada pelalian anti-tifoid dan tidak menjalani latihan pengendalian makanan.

Jelas beliau, kesemua pengusaha yang dikompaun berkenaan diarah hadir di mahkamah pada masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI