fbpx

Tambah baik skim perjawatan PKD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahdzir menyampaikan penghargaan kepada Ketua Pengurus PKD Selangor, Ashiqin Abd. Halim dalam pertemuan bersama PKD dari seluruh negara di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mahu mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menambah baik skim perjawatan Pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini kalangan individu yang memegang jawatan tersebut hanya berada pada gred N19.

Katanya, pihaknya percaya kesemua mereka wajar mendapat kenaikan gred berbanding sekarang.

“Seperkara lagi, pihak kami turut mahu mengadakan kajian bersama JPA untuk memanjangkan kontrak perkhidmatan mereka. Ketika ini kontrak ditawarkan cuma untuk tempoh setahun.

“Tempoh itu menyebabkan mereka perlu memperbaharuinya setiap tahun. Jadi apa salahnya jika tempoh kontrak itu dipanjangkan mungkin untuk tempoh tiga tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan bersama Pengurus PKD dari seluruh negara di sebuah hotel di sinihari ini.

Ketika ini terdapat 180 pengurus PKD di seluruh negara dengan 11 tempat lagi masih belum diisi.

Mengulas lanjut katanya, langkah tersebut diyakini mampu meningkatkan semangat kalangan pengurus PKD yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menjadi jambatan bagi menyalurkan masalah dihadapi rakyat kepada kerajaan.

“Mereka ini berpengalaman menganjurkan program bersama rakyat dan memiliki kemahiran berkomunikasi yang baik. KPLB amat berpuas hati dengan peranan dimainkan mereka setakat ini dengan mereka sudah pun menganjurkan 4,402 bersama rakyat, sepanjang tahun ini

Sementara itu katanya, ketika ini kebanyakan PKD di seluruh negara memiliki kelajuan internet memuaskan melebihi 100 sesaat (Mbps).

“Empat PKD memiliki capaian kelajuan 800Mbps manakal 142 lagi mempunyai kelajuan internet 100Mbps.

“Setakat ini cuma 35 PKD saja lagi yang capain internetnya di bawah 100 Mbps dan kita kini berada di peringkat perbincangan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk memastikan capain internet di luar bandar termasuk PKDterlibat berada di tahap lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI