fbpx

Seorang maut, rakan parah terkena letupan bom ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dibawa ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.

LENGGONG – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas dipercayai terkena bom ikan di Hutan Lipur Lata Kekabu di sini petang tadi.

Kejadian sekitar pukul 3 petang itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dipercayai sedang menangkap ikan di kawasan berkenaan.

Difahamkan, lelaki berusia 44 tahun maut di tempat kejadian manakala rakannya yang berusia 40 tahun parah dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan kecemasan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, beberapa gambar kejadian tersebut tular di media sosial di mana memaparkan dua lelaki dalam keadaan berlumuran darah dipercayai terkena bom buatan sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI