fbpx

Seorang maut, 9 masih hilang pesawat terhempas di Washington

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter Pengawal Pantai mencari sembilan mangsa lain yang masih hilang. - aNEWS

OLYMPIA, WASHINGTON – Seorang terbunuh manakala anggota penyelamat sedang mencari sembilan mangsa lain selepas sebuah pesawat ringan terhempas di sepanjang pantai negeri Washington, Amerika Syarikat, semalam.

Menurut Pengawal Pantai, pihaknya menerima satu laporan mengenai nahas tersebut kira-kira pukul 3.11 petang (waktu tempatan) dan mengerahkan beberapa helikopter dan bot penyelamat di kawasan kejadian.

Pegawai-pegawai mencari dan menyelamat turut berada di lokasi kejadian.

“Satu mayat mangsa telah ditemui di lokasi nahas. Sembilan yang lain masih hilang, sementara satu zon keselamatan telah dikuat kuasakan bagi membantu usaha mencari dan menyelamat,” kata Pengawal Pantai sambil menambah, punca kejadian masih belum dikenal pasti.

Pesawat itu terhempas ketika terbang merentasi Lautan Pasifik dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Perbandaran Renton berhampiran Seattle.

Laman web Flight Radar 24 berkata, ia memantau laporan nahas tersebut, serta merekodkan isyarat terakhir dari pesawat de Havilland Canada DHC-3 Otter berusia 55 tahun itu di kawasan itu pada pukul 3.08 petang (waktu tempatan) pada ketinggian 30.5 meter.

Pada peringkat awal, Pengawal Pantai bahagian Barat Laut Pasifik menerusi ciapan di Twitter memaklumkan terdapat lapan penumpang dewasa dan seorang kanak-kanak dalam pesawat tersebut. Ia kemudian memberitahu mereka mencari 10 penumpang pesawat. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI