fbpx

Rumah tradisi 80 tahun lakar sejarah merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Permatang Duku, Benut bergambar kenangan ketika program Kibaran Jalur Gemilang di rumah tradisional yang pernah menjadi lokasi Sultan Johor menginap sempena program Kembara Mahkota Johor pada tahun 2005.

PONTIAN – Tiada apa yang le­bih membanggakan bagi seorang anak selain menyaksikan rumah tradisi peninggalan arwah orang tuanya yang berusia 80 tahun dijadikan lokasi bagi menyemarakan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang tahun ini.

Lebih bermakna apabila rumah peninggalan Allahyarham Mohd. Din Kurikang yang terletak di Kampung Permatang Duku, Benut dekat sini, pernah menjadi tempat menginap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena program Kembara Mahkota Johor (KMJ) pada tahun 2005.

Menurut anak Allahyarham, Julia Mohd. Din, 59, selain Sultan Johor, turut mencemar duli menginap di kediaman berkenaan adalah anakanda-anakanda baginda yang turut menyertai KMJ ke Pontian.

“Saya teruja dan gembira ke­rana rumah ini dipilih bagi program pelancaran Kibaran Jalur Gemilang bagi peringkat Kampung Permatang Duku pada tahun ini.

“Program berkenaan turut berjaya menarik penglibatan kira-­kira 50 orang penduduk yang penuh bersemangat dengan berbusana tradisional.

“Sebagai rumah yang mempunyai nilai nostalgia dan sejarah, kami adik-beradik akan menja­ganya dengan baik sebagai tanda terima kasih kepada Sultan Johor yang pernah menginap di sini,” ujarnya yang juga seorang guru.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kawasan (5) Mukim Benut, Mohd. Asri Abas, berkata, pemilihan rumah tradisional itu adalah bagi meraikan ulang tahun ke-17 tahun program KMJ ke kampung berkenaan.

Katanya, kampung berkenaan sebelum ini pernah meme­nangi pelbagai anugerah seperti Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Kebangsaan 2010.

Menurutnya, Kampung Permatang Duku juga turut meraih tempat ketiga Anugerah Desa ­Lestari Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013 dan menerima hadiah berjumlah RM300,000.

“Dengan kerjasama pelbagai pihak dan semua penduduk, Kampung Permatang Duku tidak pernah ketinggalan bagi meme­riahkan sambutan Bulan Kebangsaan pada setiap tahun.

“Penduduk akan memasang Jalur Gemilang di rumah ma­sing-masing selain memeriahkan kampung dengan pelbagai program patriotik,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI