fbpx

Pesara polis pandu Toyota Alphard maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan MPV jenis Toyota Alphard yang dipandu mangsa selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Labok - Banggol Judah dekat Kampung Gendang Lima, Machang semalam. FOTO IHSAN POLIS

MACHANG – Seorang pesara polis maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain di Jalan Labok – Banggol Judah dekat Kampung Gendang Lima di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa, Mohd. Rujudi Awang, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas salur darah jantungnya tersumbat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd. Zahir Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, mangsa memandu MPV jenis Toyota Alphard dari arah dari arah Kota Bharu ke Banggol Judah dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan MPV dipandu Mohd. Rujudi bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Civic dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun.

“Nahas tersebut mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan itu. Kematiannya berpunca daripada salur darah jantung tersumbat menyebabkan sel jantungnya mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zahir, pemandu kereta jenis Honda Civic itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI