fbpx

Pengawal keselamatan maut dalam perjalanan ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGAWAL keselamatan maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Gadut berhampiran SDAR di sini awal pagi tadi. FOTO : IHSAN ORANG AWAM.

SEREMBAN – Seorang pengawal keselamatan Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut dirempuh sebuah kereta Proton Wira dalam kemalangan di Jalan Sungai Gadut berhampiran sekolah tersebut awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa Nor Azeman Ismail, 53, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 62 tahun dari arah bertentangan telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam laluan motosikal lalu melanggar mangsa di bahagian hadapan.

“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa penunggang motosikal tersebut jatuh di atas jalanraya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nanda, ketika kejadian mangsa yang bertugas sebagai pegawal keselamatan di SDAR bergerak dari arah Senawang menuju ke arah Rantau seorang diri untuk ke tempat kerja di sekolah tersebut sebelum terlibat kemalangan.

Nanda berkata, mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban bagi proses bedah siasat.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI