JAKARTA – Satu majlis ‘kesyukuran’ di Sulawesi Tenggara menjadi tular apabila penganjurnya melakukan aksi lempar wang kepada pengunjung yang hadir, lapor laman berita Suara semalam.
Menerusi video berdurasi 78 saat itu, individu yang disahkan sebagai Pengarah Bank Sulawesi Tenggara, Abdul Latif dilihat menari di atas pentas sambil memegang helaian wang kertas bernilai 50 ribu rupiah (RM15).
Turut berjoget di bawah pentas adalah sekumpulan wanita yang berebut ‘menangkap’ wang yang dilemparkan Abdul Latif.
“Pertama kali saya melihat gadis cantik seperti kamu,” kedengaran Abdul Latif menyanyi di atas pentas.
Menurut Abdul Latif, aktiviti itu sebagai bentuk kesyukuran atas kejayaan pelaksanaan beberapa aktiviti oleh bank berkenaan termasuk menjadi tuan rumah Tabungan Simpanan Pembangunan Daerah (Simpeda) Kebangsaan. – Agensi