fbpx

OPR naik lagi minggu ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penganalisis ekonomi berpandangan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia bakal mengumumkan keputusan untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas selepas bermesyuarat pada Rabu dan Khamis ini.

Hal ini akan meningkatkan OPR daripada 2.25 peratus kepada 2.5 peratus. Kali terakhir OPR dinaikkan ialah pada 6 Julai lalu.

Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, beliau berpandangan terdapat keperluan untuk menaikkan OPR setelah mengambil kira kadar inflasi yang tinggi, iaitu pada paras 4.4 peratus pada Julai 2022.

“Sebelum ini pun BNM pernah menaikkan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut iaitu pada Mei, Julai dan Ogos 2010, masing-masing kenaikan sebanyak 25 mata asas.

“Ini berlaku selepas krisis ekonomi global yang berpunca daripada krisis gadai janji subprima di Amerika Syarikat (AS) dan saya percaya hal sama akan berulang,” katanya ketika dihubungi.

BNM telah menaikkan OPR sebanyak 50 mata asas tahun ini selepas OPR diturunkan kepada kadar terendah pada 1.75 peratus disebabkan pandemik.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI