fbpx

Manchester United lebur rekod bersih Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD (kanan) muncul wira United apabila meledak dua gol selain mencipta satu umpanan jaringan dalam kemenangan 3-1 ke atas Arsenal. - AFP

MANCHESTER – Hasrat Arsenal untuk mengekalkan rekod kemenangan bersih enam perlawanan berturut-turut tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.

Biarpun lebih banyak memegang penguasaan perlawanan tetapi ia belum cukup untuk membantu The Gunners menewaskan United yang sememangnya lebih berhak meraih tiga mata dalam aksi itu.

Pada aksi di Old Trafford itu, Arsenal terlebih dahulu menggegar gawang The Red Devils menerusi percubaan Gabriel Martinelli pada minit ke-11 sebelum jaringan itu dibatalkan oleh pengadil perlawanan.

Ia selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesan kekasaran yang dilakukan kapten Arsenal, Martin Odegaard ke atas pemain tengah United, Christian Eriksen sebelum itu.

Pembelian baharu United dari Ajax, Antony menceriakan para penyokong tuan rumah dengan gol pertama pada minit ke-35 selepas memanfaatkan hantaran Marcus Rashford.

Skuad bimbingan Mikel Arteta kembali menghidupkan peluang apabila Bukayo Saka berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-60.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Rashford memberikan semula kelebihan kepada United dengan gol kedua berselang enam minit kemudian.

Percaturan bijak pengurus United, Erik ten Hag untuk mengekspolitasi ruang kosong di belakang benteng pertahanan membuahkan hasil buat kali ketiga dalam aksi itu dengan gol ketiga daripada Rashford pada minit ke-75.

Gol tersebut sekali gus melenyapkan sisa-sisa harapan Arsenal untuk cuba bangkit dalam perlawanan tersebut.

Biarpun tewas, namun Arsenal masih kekal mendahului carta liga dengan 15 mata, manakala United melonjak ke tangga kelima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI