fbpx

Mahkamah: Ibu didakwa bunuh bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainah diiringi anggota polis ketika dibawa Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

AMPANG – Seorang ibu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelakinya yang berusia enam bulan di sebuah rumah di Klang Gate di sini bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Zainah Misdin ,34, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh dibawah di bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan wanita itu didakwa bersama-sama dengan seorang individu masih bebas bagi mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap seorang bayi lelaki berusia enam bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Seladang 2 Kampung Klang Gate di sini pukul 7.40 malam pada 23 Ogos lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Dalam prosidung hari ini pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ameera Sam Kamaruddin manakala peguam Swinder Singh mewakili tertuduh.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah kemudian menetapkan 6 Disember ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI