fbpx

Luahan pembaca: Rasuah di Malaysia ibarat kanser tahap empat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakyat Malaysia mendambakan sistem pentadbiran kerajaan yang bebas rasuah, cekap, telus dan berintegriti untuk berdepan dengan hari-hari mendatang. – Gambar hiasan

SAUDARA PENGARANG,

Rabu lalu kita bergembira dan menyambut tahun ke-65 Malaysia merdeka daripada penjajah. Negara aman dan makmur merupakan suatu nikmat yang sangat besar dan tidak ternilai harganya.

Negara adalah amanah yang perlu dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya. Keamanan yang dikecapi dan keselesaan yang kita nikmati perlu disyukuri, dihargai dan tidak melupakan jasa para pejuang kemerdekaan.

Menyelak lembaran sejarah, negara kita dijajah bermula daripada cengkaman Portugis hingga Inggeris yang mengambil masa 446 tahun. Jika tak dihayati, kita akan tenggelam semula dalam penjajahan bentuk baharu.

Dalam usaha membangunkan negara yang merdeka, negara kita perlu bersih dan menolak rasuah dan salah guna kuasa.

Dua perkara ini antara sebab utama membantutkan pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kos pentadbiran dan urus niaga, menafikan hak rakyat serta ketidakstabilan politik.

Negara kita dianugerahi dengan pelbagai sumber kekayaan tetapi kerana rasuah, kekayaan negara disalah guna dan kemiskinan terus merebak.

Semua pemimpin dan rakyat mestilah memiliki sifat amanah, jujur dan takut melakukan dosa. Islam menetapkan tanda aras yang tinggi untuk menghindarkan rasuah dengan menegaskan aspek integriti.

Rasuah di Malaysia ketika ini sampai ke tahap berskala besar yang turut disamakan sebagai kanser tahap empat.

Memang sukar membersihkan rasuah dan salah guna kuasa, namun undang-undang dan hukuman yang berat serta tindakan yang berterusan perlu dilaksanakan.

Jangan biar ada hukuman dua darjat.

Harapan dan impian kita semua sebagai rakyat ialah melihat Malaysia ditadbir dengan telus, amanah, bebas rasuah, aman, harmoni dan terus bergerak maju, cemerlang dan sejahtera.

Mohd. Yakop Ikram,
Ipoh, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI