fbpx

Liverpool belum layak cabar gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALISSON (kiri) bekerja keras memastikan gawangnya tidak dibolosi ketika seri tanpa jaringan dengan Everton pada aksi EPL di Goodison Park malam kelmarin. – AFP

LIVERPOOL – Tonggak pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk percaya mereka sepatutnya layak untuk meraih tiga mata selepas hanya seri tanpa jaringan menentang Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park malam kelmarin.

Meskipun skuad kendalian Jur­gen Klopp itu memiliki ba­nyak peluang untuk menjaringkan gol, namun kecekapan penjaga gol The Toffees, Jordan Pickford menafikan harapan The Reds membawa pulang tiga mata.

Liverpool juga hampir pulang dengan tangan kosong apabila tuan rumah menjaringkan gol pada minit ke-69 menerusi Conor Coady, namun dibatalkan selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati dia berada dalam kedudukan ofsaid.

“Mereka (Everton) memiliki beberapa peluang untuk menja­ringkan gol termasuk satu gol ofsaid. Selain itu, mereka juga memaksa Alisson (penjaga gol Liverpool) menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

“Bagaimanapun, saya percaya kami sepatutnya menang pada perlawanan ini. Saya akui kecewa kerana kami kehilangan dua mata yang sangat penting.

“Tidak ada cara lain selain mengutip tiga mata jika kami mahu mencabar kejuaraan mu­sim ini,” kata Van Dijk.

Selepas mencatat tiga keputusan seri dalam enam perlawanan, kapten skuad antarabangsa Belanda itu yakin Liverpool akan kembali bangkit sebaik sahaja mereka dapat menangani masalah kecederaan pemain.

“Masih ada 32 perlawanan lagi dan setiap orang ada hak untuk menyatakan pandangan masing-masing, namun saya percaya sebaik sahaja pemain-pemain pulih daripada kecederaan, kami akan kembali mendapatkan kemena­ngan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI