fbpx

Hujan lebat di selatan, Pantai Timur pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca buruk meliputi ribut petir dan hujan lebat dilaporkan melanda beberapa kawasan di negeri Pantai Timur dan juga selatan Semenanjung pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya di YouTube berkata, keadaan cuaca buruk itu masih lagi berterusan sehingga lewat pagi nanti.

“Diperhatikan ketika ini, hujan lebat masih dan sedang berlaku melibatkan Kelantan, Terengganu serta sekitar Melaka dan juga pantai barat Johor.

“Sarawak pula cuaca dilihat cerah, namun di Sabah, terdapat hujan melibatkan kawasan persisiran pantai dan pantai barat serta di sekitar Sandakan,” katanya hari ini.

Bagi sebelah petang, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat melibatkan kawasan pedalaman pantai barat semenanjung dan bahagian pendalaman Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan juga laut bergelora kategori pertama bagi kawasan Perairan Condore yang berkuatkuasa sehingga 7 September.

“Keadaan angin ketika ini boleh mencapai sehingga 50 kilometer (KM) sejam dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter yang mana berbahaya untuk semua aktiviti bot-bot kecil.

“Oleh itu, orang awam di kawasan terlibat dinasihatkan berhati-hati berikutan keadaan hujan lebat berterusan yang boleh menyebabkan banjir terutama bagi kawasan berkedudukan rendah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI