fbpx

Enam lelaki dicekup tular gaduh di taman perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang tular di laman sosial.

KUALA SELANGOR – Tindakan enam lelaki yang tular bergaduh di Taman Melor, Bestari Jaya di sini, semalam mengundang padah apabila dicekup polis bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penahanan kesemua suspek berusia 22 hingga 35 tahun itu dilakukan pihaknya selepas menerima maklumat kejadian pukul 6.15 petang.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu melibatkan sekumpulan lelaki dipercayai akibat perselisihan faham.

“Permohonan reman sudah dibuat di Majistret Kuala Selangor dan enam suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan.,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ramli, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Fatmaliani di talian 013-6716 323 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 34 saat memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih melanggar sebuah kereta jenis Proton Waja di lokasi tersebut.

Rakaman itu menunjukkan beberapa lelaki yang dipercayai bersenjatakan parang itu memukul kedua-dua kenderaan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI