fbpx

Anggota polis maut ke tempat kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lokasi kemalangan melibatkan seorang anggota polis di Batu 10, Hulu Langat pagi tadi.

KAJANG – Seorang anggota polis berpangkat Koperal maut apabila motosikal yang dinaiki melanggar belakang lori pasir dalam kejadian di Batu 10, Hulu Langat, di sini awal lagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.30 pagi tadi.

“Anggota polis berkenaan yang berusia 32 tahun itu dalam perjalanan dari rumahnya di Dusun Tua menuju ke tempat kerja di Balai Trafik Petaling Jaya.

“Mangsa kemudian telah melanggar bahagian belakang lori pasir rosak yang telah berhenti di bahu kiri jalan tanpa mempamerkan sebarang tanda isyarat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaid, mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.

Jelasnya, hasil ujian saringan awal kandungan alkohol yang dijalankan terhadap pemandu lori terbabit adalah negatif.

“Susulan itu, kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kemalangan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita minta individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk menghubungi balai polis berdekatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Inspektor Somasureshan Munusamy di talian 0164915193 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI