fbpx

Agong titah pastikan aspek kebersihan termasuk tandas di bangunan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah bertitah pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah keadaan kebersihan dan aspek penyelenggaraan bangunan-bangunan kerajaan yang tidak begitu sempurna perlu diberi perhatian.

Seri Paduka sehubungan itu bertitah agar pihak terbabit dapat memberi tumpuan dalam memastikan aspek kebersihan termasuklah tandas-tandas sama ada di bangunan kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Kebanyakan bangunan-bangunan (kerajaan negeri dan Persekutuan) agak begitu keadaan yang tidak sempurna dari segi penyelenggaraannya, dari segi kebersihannya.

“Saya harap setiap pejabat daerah setiap mahkamah syariah setiap masjid-masjid dan setiap tempat tempat awam harus kita beri perhatian khususnya bilik- bilik air,”titah baginda pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI