fbpx

3 Orang Asli sakit ke hospital naik helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga pesakit Orang Asli dibawa menaiki helikoter untuk ke Hospital Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN UNIT UDARA JBPM

GUA MUSANG – Seorang wanita ingin bersalin bersama dua kanak-kanak Orang Asli yang mengalami demam selesema dan batuk dari Pos Gob di sini dibawa ke Hospital Gua Musang menggunakan perkhidmatan helikopter dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.

Long Johari, 31, Nicholas Saidi, 3, dan Marzuki Saidi, 6, bersama ibu mereka dibawa menaiki helikopter jenis Agusta Westland 189 ke hospital pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, pihaknya berlepas dari pangkalan udara kira-kira pukul 11.30 pagi.

Katanya, penerbangan diketuai, Penguasa Kanan Bomba II, Wahyudi Mohd. Sayuhti, dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba Azlan Che Mohammad bersama tiga anggota.

“Anggota selamat mendarat di Pos Gob kira-kira satu jam 15 minit kemudian sebelum mengambil tiga pesakit berkenaan.

“Kita terus bergerak untuk mendarat di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang sebelum mereka dibawa menaiki kenderaan ke Hospital Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi pemindahan perubatan itu tamat pada pukul 1.15 petang dan anggota berlepas pulang ke Pangkalan Udara Wilayah Tengah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI