fbpx

Waspada boya misteri hanyut di perairan Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar penemuan boya sauh misteri di perairan Kemaman, Terengganu sejak minggu lalu. Ihsan Jabatan Laut Malaysia

PUTRAJAYA – Komuniti maritim di sekitar Terengganu dinasihatkan agar lebih berwaspada susulan kemunculan sebuah boya sauh misteri yang dikesan di perairan negeri itu sejak Rabu lepas.

Menurut kenyataan Jabatan Laut Malaysia, pihaknya menerusi pejabat Wilayah Timur sudah menerima satu laporan kecemasan berhubung peranti itu yang dipercayai hanyut di Kijal, Kemaman.

“Boya daripada jenis buatan besi itu dengan warna seakan-akan kuning luntur dilaporkan ditemui orang awam di kedudukan latitud 04° 19.552’ Utara dan longitud 103° 39.163’ Timur.

“Lanjutan itu, Bahagian Pengurusan Trafik dan Bantuan Pelayaran jabatan ini segera membuat semakan namun masih tidak dapat dikenal pasti siapa pemiliknya,” katanya tadi.

Katanya, dengan mengambil kira ia masih timbul dan kemungkinan akan terus hanyut, pihaknya menasihatkan komuniti laut supaya belayar secara lebih berhati-hati.

“Mereka juga disarankan agar mengekalkan pengawasan yang rapi serta memastikan jarak dengan kelajuan selamat sepanjang masa berada di kawasan perairan berkenaan,” jelasnya.

Pada masa sama, satu laporan polis turut dibuat di Balai Polis Cukai berhubung penemuan boya yang disifatkan sebagai misteri kerana tidak diketahui pemilik sebenar.

Sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan, mereka boleh menyalurkan terus kepada Ketua Pejabat Laut Kemaman, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Timur di talian 609-8593046. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI