fbpx

Wanita lepasan sekolah bangga berjodoh dengan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh Ege di akaun TikTok. - Wolipop

JAKARTA – Seorang wanita dari wilayah Jawa Timur meluahkan rasa bangga kerana berjodoh dengan anggota polis walaupun tahap pendidikannya hanyalah lepasan sekolah menengah, lapor portal berita Wolipop semalam.

Siege Trian Elisabeth atau Ege, memuat naik sebuah video di laman TikTok yang memaparkan kehidupannya sebagai isteri anggota polis Republik Indonesia dan secara automatik bergelar ahli Bhayangkari.

Bhayangkari adalah persatuan isteri-isteri polis Indonesia yang merupakan salah satu organisasi besar dan terhormat di republik itu sejak 1949.

“Meskipun diri ini hanya lepasan sekolah menengah, syukur kerana suami masih memilih saya untuk menjadi isteri,” tulis Ege pada kapsyen video.

Menurut Ege, tujuan dia memuat naik video itu adalah untuk menyeru agar wanita yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran untuk tidak hilang yakin diri terutama dalam soal jodoh.

“Jangan rasa diri tidak berharga walau kita hanya lepasan sekolah menengah kerana cinta itu tidak mengenal darjat,” kata Ege. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI