fbpx

Soh Wooi Yik, Aaron Chia mahu terus baiki permainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik percaya, masih ada ruang yang perlu diperbaiki meskipun sudah bergelar juara dunia pada Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun bulan lalu.

WALAUPUN sudah bergelar juara dunia, namun pemain beregu lelaki negara, Soh Wooi Yik enggan berasa terlalu selesa memandangkan lebih ba­nyak halangan perlu diharungi dalam kejohanan akan datang.

Meskipun mengakui dapat merasakan sesuatu luar biasa sebaik menggenggam gelaran juara dunia, bagaima­napun pemain berusia 24 tahun itu percaya, dia dan gandingan, Aaron Chia perlu mengekalkan permainan seperti biasa.

Wooi Yik berkata, pengalaman yang diperoleh sejak memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lalu menjadi pengajaran berguna dalam laluan mereka untuk menjadi juara dunia pertama dari Malaysia.

“Bagi saya, perasaan itu (jadi juara dunia) sangat luar biasa tetapi secara peribadi, saya fikir adalah lebih baik kami kekal dengan kebiasaan, iaitu fokus terhadap satu demi satu perlawanan.

“Saya juga percaya, masih ada ruang yang perlu diperbaiki, jadi kami perlu kembali fokus untuk menampilkan aksi lebih baik selepas ini. Berdasarkan aksi final sebelum ini, ia masih boleh digilap,” katanya.

Mengulas mengenai harapan lebih tinggi bakal digalas selepas ini, pemain kelahiran Kuala Lumpur itu percaya, mereka sudah semakin matang memandangkan sudah berdepan banyak cabaran da­lam kejohanan terdahulu.

Sebagai rekod, Aaron-Wooi Yik tewas sebanyak enam kali di pusingan separuh akhir dalam saingan musim ini termasuk ketika memenangi pi­ngat gangsa menerusi acara individu pada Sukan Komanwel Birmingham 2022.

“Bagi saya, tekanan memang sudah kami harungi selepas temasya Sukan Olimpik Tokyo dan diletakkan harapan yang tinggi.

“Kami tahu ia sukar dan atas sebab itulah, kami tidak mahu ulangi kesilapan pada Kejoha­nan Dunia,” ujar Wooi Yik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI