SEJAK kebelakangan in, nama Eyka Farhana sering menjadi bahan bualan netizen.
Bukan kerana naskhah lakonannya tetapi disebabkan imejnya yang dikatakan semakin seksi.
Terbaharu, muncul pula foto memaparkan seorang wanita seksi menayang sebahagian dadanya ketika bercuti. Berani sungguh!
Apa yang kurang enak didengar, ada yang mengatakan wanita tersebut ialah Eyka. Apabila diteliti semula, wajahnya memang ada iras pelakon Budak Tebing itu.
Ada yang beranggapan individu yang berkongsi foto tersebut dalam TikTok berniat untuk menjatuhkan nama Eyka.
Difahamkan, itu juga gambar lama Eyka ketika bercuti ke luar negara, namun baru sekarang diviralkan.
“Kalau betul itu Eyka, semakin berani dia sekarang,” komen netizen.
“Rasa-rasanya ini foto lama, ahli keluarga yang rakam dan sekarang pula viral, nasiblah tuan badan,” kata seorang lagi netizen.
Apapun, sebagai seorang yang dikenali ramai, hati-hatilah berkongsi sebarang perkara dalam media sosial, takut makan diri!
DIVA: Kalau benar itu Eyka, memang jauh beza imejnya dahulu dan sekarang.