PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan melibatkan lima negeri sehingga pukul 7 malam ini.
Menurut Metmalaysia, negeri yang terlibat adalah Kelantan melibatkan daerah Keli, Kuala Krai, dan Gua Musang, diikuti Terengganu di Dungun manakala Pahang di Rompin.
“Johor pula di Mersing sementara di Sarawak membabitkan Sarikei, Sibu dan Kapit.
“Cuaca buruk itu turut dijangka melanda Sabah meliputi Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Kudat dan Sandakan,” katanya.
Tambah MetMalaysia, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.