fbpx

Ramai sokong cinta beza agama Yazmin Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAZMIN Aziz hairan kerana ramai yang mempersoalkan agama teman lelakinya yang juga pemain bola sepak Kelantan, Nixon Guylherme.

DIVA hanya mampu geleng dan garu kepala walaupun tidak gatal apabila ramai yang menyokong penyanyi Yazmin Aziz bercinta dengan jejaka berlainan agama.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan penyanyi berdarah campuran Filipina itu, dia berasa hairan selepas dikecam gara-gara aksi berpelukan dan bercium dengan teman lelakinya.

Kata Yazmin, teman lelakinya itu bukanlah seorang beragama Islam, sebaliknya penganut agama Kristian Katolik.

“Adakah teman lelaki awak seorang Kristian?” soal seorang pengikutnya dalam TikTok.

Pertanyaan tersebut dijawab Yazmin apabila memberitahu bapanya juga merupakan seorang lelaki beragama Kristian, manakala ibunya beragama Islam.

Diva awalnya fikir ramai yang mengecam penyanyi berusia 20 tahun itu tetapi sebaliknya berlaku apabila rata-rata menyokong hubungan ‘beza agama’ Yazmin bersama teman lelakinya.

Malah, netizen turut menasihatkan Yazmin supaya tidak mempedulikan pertanyaan tersebut dan meneruskan sahaja hubungannya.

Tak sangka, ramai rakyat Malaysia yang ‘baik hati’!

DIVA: Tak payah tunggu lama, Mona Allen dan Pekin Ibrahim sudah pun berkongsi wajah anak merdeka mereka. Semangat!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI