fbpx

PM teruja dapat makan donut Haziq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video Ismail Sabri menerima dan makan donut hasil air tangan Muhammad Haziq.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat teruja dapat makan donut hasil masakan daripada ‘wartawan cilik’ ketika menghadiri program Kenuri Rakyat di Padang Terap, Kedah, semalam.

Hubungan antara Perdana Menteri dengan ‘wartawan cilik’ atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Mohd Asyraf, 12, itu sangat akrab dan beliau menerima dengan hati terbuka masakan donut daripada kanak-kanak tersebut.

Menurut perkongsian Ismail Sabri di Twitternya, dia bertemu lagi sekali lagi dengan Muhammad Haziq dan kali ini pertemuannya dihidangkan dengan donut hasil air tangan kanak-kanak itu.

“Akhirnya dalam program Kenuri Rakyat di Padang Terap, sekali lagi saya bertemu dengan Haziq dan kali ini Haziq bawakan saya donat yang dia masak sendiri.

“Terima kasih Haziq. Sangat sedap donatnya. Semoga Haziq diberikan kejayaan di dunia dan akhirat,” ciapnya.

Tambah beliau, sudah banyak kali dia bertemu dengan kanak-kanak itu yang sebelum ini tular dengan video ‘ular besar’.

“Haziq berjanji nak masak donat untuk saya kerana dia sangat gemar memasak dan bercita-cita nak jadi tukang masak,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI