fbpx

Penduduk Zimbabwe, DRC disaran makan ulat, serangga atasi kebuluran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saranan menjadikan serangga dan ulat bernutrien sebagai hidangan harian adalah bagi membanteras masalah kebuluran di benua itu. - Getty Images

HARARE, Zimbabwe – Penduduk Benua Afrika yang berdepan isu kebuluran digalakkan untuk mencuba hidangan berasaskan serangga atau ulat yang kaya dengan nutrien sebagai salah satu alternatif makanan, lapor laman berita RT kelmarin.

Perkara tersebut disuarakan oleh agensi projek bantuan yang dibiayai oleh Britain di Zimbabwe dan Republik Demokratik Congo (DRC).

Bagi menyokong idea tersebut, agensi itu kini membelanjakan sebanyak AS$57,000 (RM255,018)  di DRC dan AS$346,000 (RM1.5 juta) di Zimbabwe untuk mencuba diet serangga dengan tujuan memperkenalkannya kepada penduduk tempatan.

Di DRC, agensi itu meneroka inisiatif faedah memakan ulat Afrika, belalang migrasi dan lalat askar hitam.

Terdapat kira-kira 23 spesies serangga termasuk anai-anai dan cengkerik yang telah pun menjadi hidangan biasa bagi penduduk di wilayah Kivu Selatan.

Bagaimanapun, penduduk tempatan tidak memakannya secara harian dan mengumpulkan serangga-serangga itu bergantung pada musim.

Sementara itu, di Zimbabwe pula, sebuah lagi agensi bantuan sedang mencari cara untuk menggunakan cacing mopane dalam bubur yang dihidangkan di sekolah.

Cacing mopane adalah ulat hijau berlendir yang sepatutnya bertukar menjadi rama-rama serta sudah biasa dipetik untuk dimakan daripada tumbuh-tumbuhan semasa musim hujan.

Projek itu bertujuan untuk memperkenalkan bubur bercampur pepijat sebagai hidangan kepada kanak-kanak miskin di bandar selatan Gwanda dan ibu kota Zimbabwe di Harare.

Agensi itu berkata, hidangan tersebut akan menggabungkan cacing mopane yang diternak secara tempatan dengan bijirin dan buah-buahan.

Ia menawarkan semua vitamin dan mineral penting seperti fosforus, kalium, besi, tembaga, zink, mangan, natrium, serta vitamin B1 dan B2. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI