fbpx

Pecco dominasi perlumbaan di Misano

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Francesco Bagnaia cipta sejarah pelumba Ducati pertama memenangi empat perlumbaan berturut-turut selepas menguasai Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano hari ini.

SAN MARINO – Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia mencatat kemenangan keempat berturut-turut selepas memenangi perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino di Litar Misano sebentar tadi.

Pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu, dia yang memulakan perlumbaan di petak kelima tidak menunggu lama apabila bermula baik sebelum mengambil kedudukan sebagai pendahulu pada pusingan ketiga.

Meskipun dicabar pelumba Aprilia, Maverick Vinales dan pelumba Gresini Racing, Enea Bastianini sepanjang perlumbaan, namun Bagnaia yang mesra dengan gelaran Pecco kekal tenang untuk menamatkan saingan sebagai pemenang menerusi catatan masa 41:43.19 saat (s).

“Saya sangat gembira dengan kemenangan hari ini kerana dapat dapat mencatat kemenangan keempat berturut-turut. Secara jujur, saya tidak bermula baik pada awal perlumbaan kerana sukar untuk sesuaikan diri dengan cengkaman tayar.

“Bagaimanapun, situasi itu berubah sedikit demi sedikit sepanjang perlumbaan dan membuatkan saya agak selesa. Saya sangat gembira dengan perlumbaan serta keputusan yang dicatat,” katanya sebaik tamat perlumbaan.

Perlumbaan itu juga dihiasi beberapa insiden termasuk tiga pelumba yang terjatuh seawal pusingan pertama selain pelumba petak hadapan, Jack Miller turut mengalami nasib sama pada pusingan kedua.

Mengiringi Bagnaia di podium adalah Bastianini yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas memberikan tentangan sengit diikuti Vinales yang berpuas hati di kedudukan ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI