fbpx

Nad Zainal, suami bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAD mengesahkan dia dan Faliq sudah bercerai namun enggan mendedahkan tarikh perceraian mereka.

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Nad Zainal mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin baru-baru ini.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, mengakui ikatan perkahwinan yang terjalin sejak tujuh tahun lalu sudah terlerai, namun aktres berkenaan menolak untuk mendedahkan tarikh perpisahan mereka.

“Keputusan untuk berpisah bukan satu perkara mudah.

“Ya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Perceraian ini juga dicapai dengan kata sepakat kami berdua,” katanya.

Meskipun begitu, dia yang terkenal menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu menjelaskan hubungannya dengan bekas suami kekal baik demi masa depan dua anak mereka.

Dia juga enggan mengulas lanjut punca perceraian yang mengejutkan orang ramai itu.

“Kami masih berkawan baik demi anak-anak. Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskan perkara ini agar tidak mengundang fitnah.

“Paling utama, saya perlu kuat untuk meneruskan hidup dan membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya lagi.

Hasil tinjauan Kosmo, Nad turut memadam semua foto bersama bekas suaminya dalam akaun Instagram.

Terdahulu, Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI