fbpx

Masya Masyitah dah mula berani tayang leher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Masya Masyitah kini dikatakan mula berubah apabila kerap tampil dengan imej yang mendedahkan auratnya.

BELUM pun reda isu penyanyi cantik dan bertudung, Masya Masyitah dikecam selepas menyentuh wajah model lelaki, kali ini timbul pula kisah terbaharu tentang gaya hijab yang dipakai artis berusia 22 tahun itu.

Perkongsian beberapa keping gambar Masya dalam Instagram miliknya menarik perhatian netizen apabila dia dilihat mula menayangkan auratnya dengan menggayakan hijab yang menampakkan bahagian leher.

Akibatnya, ramai netizen mengecam tindakan penyanyi itu apabila dikatakan sudah mula berubah dan tidak lagi menitikberatkan soal penjagaan aurat bagi seorang Muslimah.

Ada juga yang bimbang kalau-kalau suatu hari nanti Masya terus menanggalkan hijabnya.

“Shawl (selendang) itu panjang. Tutup leher tu. Cukup dua kali lilit pun panjang lagi tu,” tegur seorang netizen.

“Gaya juga, aurat leher tu tutuplah,” kata seorang lagi pengikutnya.

“Dia ini tidak lama lagi ‘free hair’ juga nanti. Makin kurang kainnya,” kata seorang netizen.

Diva yang menulis ini pun penatlah tiap-tiap minggu kena hadap benda sama. Tapi nak buat macam mana, benda ‘panas’, Diva kenalah panaskan lagi. Jangan marah ya.

DIVA: Diva dengar cerita yang tiket konsert ratu irama Malaysia iaitu Kak Ani tak laku sebab terlalu mahal. Betul ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI