fbpx

Lelaki larikan pesawat, ugut rempuh pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Patterson mencuri pesawat di lapangan terbang tempat dia bertugas dan mengugut merempuh pasar raya Walmart sebelum ditahan polis. - New York Post

JACKSON, Mississippi – Seorang petugas lapangan terbang di Tupelo, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas didakwa melarikan sebuah pesawat ringan dan mengugut untuk merempuh sebuah pasar raya, lapor akhbar The Sun semalam.

Suspek, Cory Patterson dari negeri Mississippi, turut memuat naik ucapan ‘selamat tinggal’ di laman Facebook dan memohon maaf atas tindakannya.

Dia bagaimanapun berjaya dipujuk oleh polis untuk tidak meneruskan niat asalnya dan pesawat tersebut akhirnya mendarat di sebuah padang akibat kehabisan bahan api kerana selepas mengelilingi Tupelo selama lima jam.

Pejabat Syerif Daerah Benton mengesahkan bahawa pesawat itu mendarat dengan selamat dan suspek telah ditahan tanpa kekerasan.

Dia telah didakwa dengan rompakan besar-besaran dan membuat ancaman pengganas serta mungkin akan menghadapi pertuduhan persekutuan, kata Ketua Polis Tupelo, John Quaka.

Suspek dipercayai mencuri pesawat jenis Beechcraft King Air 90 sekitar pukul 5.08 pagi (waktu tempatan), semalam, dan mula terbang mengelilingi Tupelo.

Pihak berkuasa berkata, pada kira-kira pukul 5.23 pagi (waktu tempatan), dia mengancam untuk merempuh pasar raya Walmart di Tupelo dengan sengaja. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI