fbpx

Hospital Jepun dikenakan penalti didenda jika usir pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan perubatan menyediakan alatan perubatan untuk pesakit Covid-19 di Hospital Universiti Hokkaido di Sapporo pada 3 Ogos 2021. - AFP

TOKYO – Kerajaan Jepun akan memperkenalkan penalti terhadap hospital yang enggan menyediakan rawatan pesakit luar serta katil kepada pesakit Covid-19 dan penyakit berjangkit lain yang diatur lebih awal oleh kerajaan tempatan, lapor akhbar Japan Today kelmarin. 

Kerajaan juga akan mendenda mereka yang memasuki Jepun dan gagal melaporkan perkembangan kesihatan masing-masing semasa menjalani kuarantin. Tokyo  akan menubuhkan sebuah agensi yang berfungsi sebagai markas arahan untuk bertindak balas terhadap penyakit berjangkit pada tahun fiskal 2023.

“Kami akan menyediakan rangka kerja secara sistematik supaya perkhidmatan perubatan pasti disediakan sekiranya berlaku kecemasan,” kata Perdana Menteri,  Fumio Kishida dalam mesyuarat pasukan petugas koronavirus di pejabat perdana menteri di Tokyo.

Kishida mengarahkan menteri-menteri yang hadir untuk merangka undang-undang yang diperlukan. Kerajaan Jepun akan membentangkan pindaan rang undang-undang (RUU) penyakit berjangkit itu apabila Parlimen bersidang menjelang musim luruh tahun ini. Pindaan bertujuan untuk mewujudkan dasar baharu yang menjamin akses kepada katil hospital.

RUU untuk mewujudkan markas pengurusan krisis penyakit berjangkit pula akan dikemukakan kepada Parlimen semasa sesi persidangan tetapnya tahun depan, kata kerajaan.

Institusi perubatan yang akan tertakluk kepada peraturan baharu itu termasuk mereka yang menyediakan rawatan lanjutan serta hospital yang menyokong klinik tempatan.

Bagi institusi perubatan yang menandatangani perjanjian dengan kerajaan wilayah mengenai akses katil hospital untuk pesakit dengan penyakit berjangkit tetapi gagal mematuhinya, mereka keistimewaan khas itu dan tidak layak mendapat peruntukan perkhidmatan perubatan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI