fbpx

Hanya mampu tergelak, Baby Shima dirayu jangan lagi jejak Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Duduk diam-diam kau dekat sana. Jangan balik sini lagi. Aku merayu sangat.”

Demikian antara kata-kata nista netizen yang ditinggalkan khas buat Baby Shima
sebaik sahaja penyanyi itu tiba di Jakarta, Indonesia.

Kata Baby Shima, tiada apa yang mampu dilakukan selain tergelak dengan kecaman sedemikian.

“Bukan sekali orang beri komen negatif. Apa lagi boleh saya buat? Apabila baca komen-komen tersebut, saya hanya mampu tergelak.

“Mereka kecam saya itu ini dalam media sosial, tetapi apabila saya hadir buat persembahan, ramai juga yang mendekati dan ambil gambar.

“Apabila saya menyanyi tanpa bergelek, ramai pula marah minta saya bergelek dan jangan berdiri tegak,” katanya.

Tambah Shima atau nama sebenarnya Nurul Ashima Ramli, 30, walau apapun yang diterima, dia tetap berterima kasih kepada netizen yang sebenarnya banyak menyokong kerjayanya hingga ke saat ini.

Terdahulu, Baby Shima selamat tiba di Jakarta bagi menyambung kembali kerja-kerja seninya yang lama tertangguh akibat pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

“Harap-harap dia tak datang Malaysia dah. Duduk diam-diam dekat sana. Jangan kau balik sini lagi. Aku merayu sangat.

“Baguslah tu. Jangan balik Malaysia lagi. Tinggal je terus dekat sana,” tulis netizen dalam video yang dimuat naik Baby Shima sebaik sahaja tiba di Jakarta kelmarin.

Terdahulu, episod demi episod kecaman diterima Shima turut menuai teguran daripada beberapa pendakwah terkenal yang menyifatkan tindakan penyanyi kelahiran Permas Jaya, Johor Bahru itu sebagai keterlaluan serta tidak pernah serik mengejar kontroversi dalam media sosial.

Baby Shima sebelum ini mencipta nama apabila menyertai program realiti televisyen, D’ Academy Asia musim ketiga di Indonesia sekitar 2017.

Untuk rekod, dia menjadi satu-satunya penyanyi tanah air yang bernaung bawah label rakaman terbesar Indonesia, Nagaswara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI