fbpx

Formula Satu: Verstappen tawan GP Belanda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Max Verstappen berjaya mendominasi perlumbaan GP Belanda sekali gus menjuarai kejuaraan ke-10 peribadi musim ini. /IHSAN TWITTER RED BULL

ZANDVOORT, Belanda – Pelumba utama pasukan Red Bull, Max Verstappen menepati ramalan apabila muncul juara Grand Prix (GP) Belanda sekali gus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu saingan Formula Satu (F1) musim ini.

Pada perlumbaan di Litar Antarabangsa Zandvoort itu, Verstappen berdepan cabaran sengit daripada dua pelumba Mercedes, George Russell dan Lewis Hamilton selain jaguh Ferrari, Charles Leclerc.

Namun, strategi yang menjadi dilakukan oleh Red Bull membolehkan Verstappen menamatkan saingan sebagai juara dengan menewaskan Russell di tempat kedua dan Leclerc melengkapkan kedudukan podium.

Hamilton yang tampil cemerlang sepanjang perlumbaan terpaksa akur di kedudukan keempat manakala rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez di tempat kelima.

“Ini adalah perlumbaan yang cukup menarik untuk diharungi. Keputusan yang baik buat kita semua,” kata Verstappen yang juga juara dunia musim lalu secara ringkas selepas tamat perlumbaan.

Keputusan tersebut menyaksikan Verstappen berjaya mengutip 310 mata selepas menjuarai 10 perlumbaan GP musim ini manakala Leclerc di tempat kedua keseluruhan dengan 201 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI