PETALING JAYA – Sekumpulan ahli keluarga bertindak seolah-olah sedang berkelah di ruangan menunggu sebuah lapangan terbang dengan membentangkan tikar dan duduk beramai-ramai di lantai sambil menjamah makanan.
Perkongsian klip video yan tular di Facebook itu memaparkan, keluarga tersebut menghidangkan nasi dalam periuk nasi beserta lauk-pauk untuk dimakan beramai-ramai.
Bagaimanapun, lokasi lapangan terbang tersebut masih tidak dapat dipastikan.
Klip video yang tular itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang mengecam tindakan keluarga tersebut untuk mendapatkan tempat yang lebih sesuai menjamu selera.
“Keluarga yang berpegang pada ‘kami tak kacau duit sesiapa’,” kata Johan.
“tak pasal-pasal satu lapangan terbang bau lauk dia,” ujar Syafiq Roman.
“Cari meja lagi baik, lantai orang lalu-lalang tu,” kata Moshi Zui. – KOSMO! ONLINE