fbpx

Cuaca buruk di utara Semenanjung pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di lima negeri sehingga pukul 10 pagi ini.

Menurut MetMalaysia, negeri yang terlibat adalah seluruh Perlis dan Kedah , manakala Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Seterusnya, di Perak, cuaca buruk di kawasan Kerian dan Larut, Matang Dan Selama diikuti Johor di Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai.

“Amaran ribut petir turut dikeluarkan bagi kawasan tersebut manakala ia  merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.” katanya menerusi laporan cuaca di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI