PETALING JAYA – Cuaca cerah dan baik dilaporkan bagi kesemua negeri di Semenanjung malam ini.
Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Sabah sehingga pukul 10 malam ini.
“Antara kawasan yang terlibat adalah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi di Semenanjung, cuaca malam ini dijangka cerah dan baik di semua negeri.” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. -KOSMO! ONLINE.