PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 2,244 kes semalam termasuk empat kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,751,459 setakat ini.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 3,202 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,723,112 orang.
Kata laman web itu, sebanyak 30,197 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan pertambahan sejumlah negatif 967.
“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 679 diikuti Kuala Lumpur (466), Perak (224), Sabah (187), Negeri Sembilan (112), Melaka (95) dan Pahang (78).
“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Pulau Pinang dan Sarawak masing-masing 74 kes selain Kedah (61), Johor (60), Putrajaya (45), Kelantan (42), Terengganu (36), Perlis (5) dan Labuan (6),” kata maklumat itu hari ini.
Dalam perkembangan sama, sebanyak 11 kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,243.
Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,704 setakat ini.
Sebanyak 28,853 kes dikuarantin di rumah, 18 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,251 kes di hospital, 35 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 40 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE