fbpx

Berhenti kongsi teori konspirasi MH370

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan tidak berkongsi berita yang tidak pasti secara umum berkenaan mangsa nahas penerbangan MH370 yang dikatakan masih hidup di sebuah pulau kerana perlu menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Berkongsi perkara tersebut, Public Health Malaysia menyatakan, tindakan orang ramai yang berkongsikan berita tersebut secara umum adalah tidak sensitif.

“Baru-baru ini tular muka-muka seiras seakan penumpang MH370 di sebuah pulau menimbulkan persepsi bahawa penumpang-penumpang masih hidup.

“Mereka dikatakan sudah ‘dicuci otak’ oleh kerajaan dan dihilangkan pemikiran mereka.

Katanya juga, tindakan berkongsi secara terbuka, dikecam penuh kerana MH370 memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga tetapi kita semua rakyat Malaysia.

“Keluarga MH370 mengalami kesedihan kehilangan keluarga mereka ketika kejadian dan ada yang masih mengalami kesan trauma sehingga kini.

“Hantarkan terus kepada pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia ( PDRM). Biar pihak berkuasa yang menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan, Maira Elizabeth Nari, anak kru pesawat Malaysia Airlines MH370, mengesahkan lelaki wajah seakan bapanya bukan kru kapal tersebut susulan tular wajah seakan-akan bapanya yang kononnya kini tinggal di sebuah pulau.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Penerbangan pesawat B777-200 itu berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam dan dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi waktu tempatan, hari yang sama.

Ia membawa seramai 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 kru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI