fbpx

Arsenal tidak gentar ke Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS tidak kurang hebat apabila sudah meledak empat gol dan tiga bantuan jaringan dalam tujuh penampilan awal bersama Arsenal. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa barisan pemainnya supaya melupakan rekod buruk di Old Trafford menjelang pertemuan dengan Manchester United dalam sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam ini.

Atas kertas, kedua-dua pasukan memiliki peluang terbaik untuk mengutip tiga mata pada pertemuan tersebut apabila masing-masing mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.

Arteta berharap pemain-pemainnya dapat berkongsi keyakinan untuk membawa pulang tiga mata, sekali gus memastikan The Gunners mengekalkan aksi konsisten dan terus memimpin carta liga.

“Saya tidak mahu pemain-pemain rasa tergugat atau takut apabila beraksi di Old Trafford kerana mereka memiliki kemampuan untuk menampilkan permainan seperti biasa walaupun bermain di tempat lawan.

“Bukan perkara mustahil untuk kami dapatkan tiga mata. Saya mahu berterus-terang kepada semua pemain, jika takut ke Old Trafford, lebih baik duduk di rumah sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Arsenal juga mungkin tidak dapat menggunakan khidmat beberapa tonggak utama seperti Mohamed Elneny, Thomas Partey, Oleksandr Zinchenko dan penjaga gol, Aaron Ramsdale yang dilaporkan mengalami kecederaan.

“Saya akan beri kepercayaan kepada semua pemain untuk galas tugas penting menentang United. Saya tahu pemain-pemain Arsenal ada kemampuan dan itu yang kami akan lakukan dalam perlawanan tersebut,” ujar Arteta.

Duo berbahaya Brazil, Ga­briel Jesus dan Gabriel Martinelli pasti­nya menjadi sandaran utama Arsenal untuk merobek gawang United bagi merekodkan kemenangan keenam berturut-turut musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI