fbpx

Ahmad Zahid tidak buat kenyataan bersendirian – Saarani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua dari kiri) melawat pameran di Program Karnival Eksplorasi Kemarian Tahun 2022 sempena Program Mesra, di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan RPS Kemar, di sini, semalam. FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAF

GERIK – Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah membuat sebarang kenyataan berkenaan parti secara bersendirian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu berkata, sebarang kenyataan dan keputusan yang bakal dikeluarkan dan diumumkan presiden parti telah mendapat kelulusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Selaku pengerusi negeri (UMNO Perak), Datuk Seri Ahmad Zahid tidak pernah membuat keputusan bersendirian dan ini saya boleh sahkan.

“Jadi saya hendak menafikan kalau ada orang kata itu pendapat presiden semata-mata,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Karnival Eksplorasi Kemarian Tahun 2022 sempena Program Mesra Menteri Besar Perak di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan RPS Kemar di sini semalam.

Menurut Saarani, sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dibuat, presiden UMNO akan bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara berkenaan.

Katanya selepas itu, kesemua lima pimpinan tertinggi parti iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden akan mengadakan perjumpaan dan bermesyuarat sebelum di bawa ke mesyuarat Jawatankuasa Biro Politik dan seterusnya ke MKT UMNO.

“Pengalaman saya kalau hendak buat mesyuarat MKT (UMNO), sebelum mesyuarat MKT dia ada satu mesyuarat jawatankuasa biro politik.

“Siapa yang hadir adalah, presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden, ketua wanita, ketua pemuda, ketua puteri, ketua penerangan, bendahari dan semua pengerusi perhubungan negeri, termasuk saya.

“Itu amalanya, jadi bagaimana dikatakan kalau beliau (Ahmad Zahid) sebut itu (kenyataan berkaitan parti) sebagai pendirian beliau seorang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI