fbpx

Wanita hartawan sanggup tinggalkan kekayaan, hidup miskin bersama lelaki pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAM berharap mendapat restu ibu bapanya suatu hari nanti. – eva.vn

HANOI – Seorang wanita kaya berusia 28 tahun di Vietnam sanggup meninggalkan kekayaan untuk hidup bersama seorang lelaki miskin, lapor portal berita Wolipop semalam. 

Menurut laman berita eva.vn, Tam berasal daripada keluarga yang kaya. Dia sebelum ini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Akan tetapi, perkahwinannya berakhir dengan perceraian selepas sembilan tahun berumah tangga.

Selepas bercerai, ibu bapa Tam mahu membantu menjaga dia dan anaknya. Akan tetapi, Tam jatuh cinta dengan seorang lelaki miskin dari bandar Soc Trang.

Keluarga Tam sangat melarang dan tidak merestui hubungan itu. Malangnya larangan itu tidak diendahkan.

Ibu bapa Tam memberinya pilihan untuk meninggal empat anaknya bersama suami baharunya itu dan menikmati hidup mewah. Tam enggan berbuat sedemikian, membuatkan ibunya bertegas tidak mahu menerimanya lagi.

Tam bersama suami baharunya tinggal di rumah sewa berhampiran kawasan perindustrian untuk berteduh sebelum berpindah ke bilik motel yang sempit.

Mereka sekeluarga kini menyara hidup dengan mengutip barang terpakai dan menjualnya. Tam sering ditemani anak-anaknya ketika mencari sampah.

Layanan yang diberikan keluarga Tam berbeza jika dibandingkan dengan keluarga suaminya yang miskin dan tinggal di luar bandar.

Walaupun dia tidak sehaluan dengan ibu bapanya sendiri, Tam tetap berharap suatu hari nanti dia dapat pulang ke rumah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI