fbpx

Tiga sekeluarga ditahan bersama 21.9 kg ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaidy menunjukkan ketulan ganja yang dirampas di sebuah rumah kampung di Pinang Tunggal di Sungai Petani pada kelmarin.

SUNGAI PETANI – Tiga sekeluarga ditahan kerana disyaki mengedar dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah kampung di Pinang Tunggal di sini pada kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 petang itu, polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki dalang pengedaran dadah bersama bapanya berusia 59 tahun dan sepupu lelaki berusia 22 tahun.

Serbuan menemui 21 ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dianggarkan seberat 21.9 kilogram bernilai kira-kira RM52,500.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 33 tahun adalah dalang dalam kegiatan pengedaran dadah itu yang berperanan sebagai penjaga stor.

“Sementara dua lagi suspek masih disiasat mengenai pembabitan mereka dalam kegiatan pengedaran dadah itu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.

Kata beliau, bekalan ganja tersebut disyaki untuk pasaran tempatan di sekitar Sungai Petani dan Pinang Tunggal dan jumlah ganja yang dirampas boleh digunakan sehingga 43,770 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI