fbpx

Serangan seksual dalam tentera AS tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASKAR wanita menghadiri acara kesedaran serangan seksual di Halaman Tengah Pentagon pada 31 Mac 2015. - AFP

WASHINGTON – Bilangan serangan seksual dalam tentera Amerika Syarikat (AS) meningkat 13 peratus pada tahun fiskal 2021 sekali gus angka tertinggi, demikian menurut laporan tahunan Pentagon kelmarin.

Pejabat Pencegahan dan Tindak Balas Serangan Seksual Jabatan Pertahanan (SAPR) berkata, terdapat 8,866 aduan serangan melibatkan anggota tentera, sama ada mangsa atau subjek dalam tahun berkenaan setakat 30 September 2021, berbanding 7,183 aduan tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, hanya sedikit aduan serangan seksual itu dilaporkan kepada pihak berkuasa. SAPR yang menggunakan teknik kaji selidik askar, menganggarkan hampir 36,000 anggota tentera lelaki dan wanita iaitu 8.4 peratus wanita dan 1.5 peratus lelaki, mengalami gangguan seksual yang tidak diingini pada tahun berkenaan.

“Angka kami membayangkan bahawa ini adalah angka serangan seksual tertinggi terhadap wanita sejak isu berkenaan dikaji secara terperinci dalam tahun 2006,”  kata Elizabeth Foster selaku pengarah eksekutif Pejabat Resilien Ketenteraan yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan anggota tentera.

Bagi lelaki pula, tahap serangan seksual adalah kedua tertinggi selepas tahun 2006.

“Angka ini adalah tragis dan amat mengecewakan,” kata Foster.

Peningkatan tertinggi serangan seksual berlaku dalam tentera darat, meningkat 26 peratus diikuti tentera laut (19 peratus) dan masing-masing dua peratus untuk tentera udara dan pasukan marin.

Pada Januari tahun ini, Presiden Joe Biden mengeluarkan perintah menjadikan gangguan seksual sebagai jenayah di bawah undang-undang tentera.

Arahan itu bermakna serangan seksual, keganasan domestik dan serangan terhadap individu bawah umur boleh dibicarakan di mahkamah tentera. Pendakwaan pula akan dilakukan oleh pendakwa raya khas dan bukan pegawai tentera. 

Pada masa lalu, pegawai-pegawai tinggi tentera didakwa kerap menutup mata, menyembunyikan atau memandang ringan serangan seksual.

Tentera AS juga dikatakan enggan berubah dan menganggap sistem sebelum ini lebih baik kerana dapat mengekalkan tahap disiplin tinggi dalam kalangan anggota dan pegawainya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN