fbpx

Perbelanjaan kelab EPL catat rekod £2b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY yang dibeli Manchester United pada harga £82 juta menjadi pemain termahal dibeli pada hari terakhir penutupan jendela perpindahan musim ini. – AGENSI

LONDON – Liga Perdana Inggeris (EPL) membuktikan statusnya selaku saingan bola sepak pa­ling berpengaruh dan berprestij di dunia selepas perbelanjaan keseluruhan kelab pada jendela perpindahan musim ini yang berakhir secara rasmi awal pagi semalam mencecah £2 bilion (RM10.3 bilion).

Situasi tersebut menyaksikan jumlah keseluruhan yang direkodkan kesemua 20 kelab EPL menjadi yang tertinggi dalam sejarah apabila mengatasi nilai £1.45 bilion (RM7.5 bilion) yang dibelanjakan pada jendela perpindahan musim 2017.

Kelab paling tinggi berbelanja sah menjadi milik Chelsea selepas pemilik baharu kelab, Todd Boehly tidak ‘lokek’ untuk mengeluarkan dana keseluruhan sebanyak £258.5 juta (RM1.3 bi­lion) untuk menandatangani tujuh pemain baharu.

Selain itu, pendatang baharu EPL, Nottingham Forest turut mencipta kejutan dengan mengeluarkan dana sebanyak £150.9 juta (RM781.2 juta) dengan mendapatkan 21 pemain baharu untuk menguatkan pasukan musim ini.

Menurut pensyarah kewangan sukan Universiti Liverpool, Kieran Maguire mengakui kea­daan ekonomi bola sepak sekarang semakin pulih dan bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kelab berani mengeluarkan dana besar selepas dunia memasuki pasca pandemik ­Covid-19.

“Kita boleh lihat kelab EPL ketika ini tidak lagi takut untuk berbelanja mewah kerana saingan ini menjanjikan pendapatan lumayan buat mereka dengan hak penyiaran bernilai ratusan juta.

“Lebih menarik, beberapa pemilik kelab baharu menjadi pasukan yang paling banyak mengeluarkan aliran tunai untuk mendapatkan pemain bertaraf bintang.

“Apa yang pasti, saya berpendapat selepas dua tahun dunia dihimpit belenggu Covid-19, sekarang sememangnya masa untuk semua kelab melepaskan geram dalam berbelanja yang sudah lama terpendam,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN