fbpx

Najib minta jaga kebajikan penduduk Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster program solidariti untuk Najib yang akan diadakan di Dataran Pekan, Pahang esok.

PETALING JAYA – “Jaga Pekan baik-baik masa saya tiada”.

Itu pesanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi hantaran pada Facebook malam tadi yang dimuat naik oleh keluarga beliau.

Berdasarkan status terbaharu itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan, Pahang sudah berkhidmat di kawasan tersebut kira-kira 46 tahun iaitu sejak berusia 23 tahun.

“Mereka orang kampung saya, sudah lama dengan saya. Tolong sampaikan mesej ini kepada Menteri Besar,” katanya.

Dalam pada itu, Najib turut mendoakan penduduk di Pekan terjaga kebajikan mereka.

“DSN (Datuk Seri Najib) mendoakan agar Pekan terus menerima khidmat bakti terbaik, dijaga kebajikannya. Sebagaimana yang diuruskan sepanjang masa ini,” katanya.

Media melaporkan, Najib akan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Pekan secara automatik selepas 14 hari, sekiranya tiada sebarang prosedur mahkamah lain atau permohonan pengampunan diraja dibuat dalam tempoh tersebut.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dipetik berkata, ia selaras Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan seseorang individu hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika disabit kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 serta dia tidak mendapat pengampunan bebas.

Sementara itu, Facebook Najib turut berkongsi penganjuran Solidariti Untuk DS Najib Razak diadakan di Dataran Pekan esok pukul 2.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI