fbpx

Muktamar: Pas sepatutnya lebih dipercayai kerana ada ikatan baiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana pada Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar hari ini. -Foto SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Pas sepatutnya diberi lebih kepercayaan kerana terdapat ikatan baiah dalam kalangan pemimpin utama dan calon pilihan raya bagi memelihara integriti masing-masing terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ikatan baiah itu lebih berkesan daripada undang-undang lompat parti yang baru sahaja diperkenalkan.

“Perkara itu ditegaskan dalam Perlembagaan Pas bahawa hukum Allah dan Rasul-Nya adalah sumber tertinggi yang mewajibkan kepada para pemimpin utama dan calon pilihan raya untuk melafazkan sumpah dan baiah.

“Ia sehingga mengatasi segala undang-undang bagi memelihara integriti. Langkah ini lebih berkesan daripada undang-undang lompat parti yang baru sahaja diperkenalkan,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-68 di Kompleks Pas Kedah di sini hari ini.

Justeru, kata beliau, Pas sepatutnya diberi lebih kepercayaan kerana adanya ikatan baiah itu yang lebih hebat daripada undang-undang kini yang luput tarikhnya.

Katanya, sesiapa yang tidak memelihara integriti pasti akan melompat sendiri kerana mereka kepanasan walaupun berada dalam bilik berhawa dingin atau dipecat dengan tindakan disiplin.

Tambahnya, kerajaan Barisan Nasional (BN) dijatuhkan oleh Pakatan Harapan (PH) kerana kelemahannya, diganti dengan kerajaan PH yang gagal sejak permulaan mengambil alih pemerintahan dengan kedua-duanya laksana tikus membaiki labu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI