fbpx

Liga Super : TFC garang belasah Melaka United 5-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kpah Sherman (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama TFC pada aksi Liga Super bertemu Melaka United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Jaringan hatrik kapten, Kipre Tchetche membantu Terengganu FC (TFC) membenam Melaka United 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Kemenangan keempat berturut-turut itu membantu TFC mengutip mata ke-29 sekali gus hanya ketinggalan tiga mata di belakang Negeri Sembilan yang menghuni kedudukan ketiga liga.

Skuad Sang Penyu yang merupakan finalis Piala FA garang apabila membuka tirai jaringan menerusi tandukan kemas Kpah Sherman berpunca hantaran lintang Faisal Abdul Halim pada minit ke-16.

TFC terus menguasai permainan namun bola tolakan Tchetche (m-37) dikeluarkan Muhd. Fauzan Fauzi di atas garisan gol manakala tindakan susulan Manuel Ott pula tinggi melepasi sasaran.

Bersambung babak kedua, Sang Penyu semakin bernafsu dengan Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim berjaya menyudahkan gerakan Faisal untuk gol menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-62.

Hampir 7,000 penyokong TFC terus ceria apabila gerakan satu dua Tchetche dan Ott pada minit ke-67 menghasilkan gol ketiga hasil rembatan luar kotak penyerang kelahiran Ivory Coast itu.

Tchetche menjaringkan gol kedua peribadi dan keempat TFC pada minit ke-75 sebelum melengkapkan hatrik juga hasil umpanan Faisal pada minit ke-81. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI