fbpx

Liga Super : Rahadiazli dikejarkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ambulans yang membawa Rahadiazli ke hospital selepas mengalami kecederaan pada aksi Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus hari ini

KUALA NERUS – Penjaga gol Terengganu FC (TFC), Rahadiazli Rahalim terpaksa dikejarkan ke hospital sewaktu beraksi dalam perlawanan Liga Super bertemu Melaka United (MU) berlangsung sebentar tadi.

Pemain berusia 21 tahun itu mengalami kecederaan setelah bertembung dengan pemain gantian MU, Harith Naem Jaineh di dalam kotak penalti sewaktu permainan memasuki minit ke-46.

Pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab menghentikan perlawanan kira-kira enam minit sebelum anggota perubatan kedua-dua pasukan bergegas meluru ke dalam padang bagi memberikan rawatan.

Rahadiazli kemudian diusung masuk ke dalam ambulans untuk dikejarkan ke pusat perubatan berhampiran bagi diberi rawatan susulan sebelum digantikan dengan Mohd. Suhaimi Husin.

Kedudukan permainan ketika itu 1-0 memihak TFC. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI